Sunday, December 21, 2014

Pensyarah UKM, Rosyam Noor Kecewa Swasta Masih Diskriminasi Muslim Bertudung



Oleh Prof Dr Anuar Ahmad


rosyamnoorPagi ini saya terbaca komen pelakon Dato Rosyam Nor yang mengamuk di twitter. Beliau marah, geram dah kecewa kerana apabila anak perempuannya yang ingin bekerja secara sementara selepas SPM, anaknya telah diminta membuka tudung jika mahu di terima bekerja.

Sebagai bapa, saya sendiri punya pengalaman yang sama. Anak saya ingin berdikari dan mencari pengalaman bekerja selepas SPM. Malangnya,setelah lulus semua syarat ketika temuduga termasuk bahasa Inggeris dengan cemerlang , hanya kerana beliau bertudung, permohonan beliau ditolak.

Bukan sebuah kedai di MEGAMALL yang tolak permohonan anak saya kerana bertudung tetapi lebih dari lima buah kedai termasuk bertaraf antarabangsa. Saya sangat marah dengan situasi ini. Diskriminasi agama telah berlaku pada anak saya secara terang terangan. Sampai hari ini jenama “hebat” tersebut saya boikot!!

Saya akui muslim di negara ini memang sedang melalui diskriminasi agama di sektor swasta. Orang Melayu Islam sedang berhadapan denga fenomena dipinggirkan dalam ruang perniagaan yang dimiliki oleh syarikat bukan Islam dan antarabangsa. Anda boleh tidak bersetuju dengan saya, tetapi itulah yag sedang berlaku. Anda boleh kata tak semua begitu, tetapi fenomena itu sedang berkembang sekarang. Tak percaya? Cubalah sendiri…

Malangnya, pemimpin Melayu ambil ringan isu seperti ini. Mereka tak mahu memperjuangkan pun ketidakadilan ini. Mereka seperti tidak kisah dengan amalan diskriminasi agama yag sedang berlaku di dalam negara ini. Mereka terlalu sibuk bertelagah sesama sendiri.

Sama juga dengan pemimpin mahasiswa di ipt. Mereka sepatutnya menjadi teraju memperjuangkan hak mahasiswa dan graduan yag ingin bekerja tanpa risaukan diskriminasi agama. Apa yang sedang atau telah mereka lakukan? Kosong!

Saya jadi marah sebab isu ini langsung tidak ada kena mengena prestasi kerja seseorang. Mengapa disalahkan pemakaian tudung atas tuntutan agama seseorang.

Diskriminasi terhadap agama ini timbul semata mata rasa kebencian mereka pada agama Islam dan orang muslim. Itu sahaja. Peliknya ini berlaku disebuah negara yang agama rasminya ISLAM!!! Bacul sungguh yang kononnya pendaulat Islam.

*Tulisan ini dipetik dari akaun Facebook beliau

No comments: