Saturday, February 23, 2013

korupsi

bertaubat la wahai saudara2 ku.. aku tahu korang buat kerja terkutuk2 ini... fitnah itu 1 dosa yg besar.. apa pulak kita menjadi org tngh dgn mereka reka cerita dan menyebar agar kuasa terus depegang dgn cara kotor ini.. betapa hina kerja dan duit yg hempa dapat.. politik yg kotor.. xgentlemen langsung

Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu

Buat kesempatan ini, pihak Puteri UMNO Cawangan Seri Melor mengucapkan selamaat hari ibu kepada ahli Puteri dan jawatankuasa Puteri UMNO yang bergelar ibu.

Harapan semoga para ibu muda yang berkerjaya mampu mengendalikan tanggungjawab dan keperluan diri terutama dari segi kerjaya,anak-anak,institusi keluarga dan masyarakat.

Moga hadir dan peranan puan-puan dapat menjayakan modal insan dan transformasi negara supaya manfaat akan lebih tersebar luas untuk masa depan zuriat anak bangsa Malaysia.


Thursday, April 26, 2012

Melayu Kaya???


Dr. Lim Teck Ghee, Pengarah Centre for Policy Initiatives (CPI) membuat kenyataan di Nanyang Siang Pau bahawa ekuiti korporat Bumiputera mungkin berada di tahap 45% dan bukannya 23.9% seperti yang diwar-warkan kerajaan.

Dalam ertikata lain, Dr. Lim mencurigai atau menuduh kerajaan sebagai ‘tersalah kira’ atau ‘berbohong’ kepada rakyat.   Atas dasar apa Dr. Lim berkata demikian tidak pula dinyatakan dengan jelas. Maka, kita tidak dapat mengelak dari merasa curiga tentang kenapa Dr. Lim mencurigai kerajaan. 

Mungkinkah ini satu lagi dari strategi tersusun pihak-pihak tertentu yang ingin menggugat kestabilan Malaysia semata-mata ingin menukar kerajaan?  Jika benar, taktik membangkitkan rasa curiga, syak wasangka ini bolehlah dikatakan taktik paling kotor dan paling jahat. 

Nampaknya, Dr. Lim seolah-olah berhujah dengan hanya merujuk kepada pandangan kasar dan rambang ketika memandu di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.  Benar, di sekitar KL kini kita boleh melihat banyak kereta-kereta mewah dipandu oleh orang Melayu.  Begitu juga dengan rumah-rumah besar banyak juga yang dimiliki oleh orang Melayu.  Perniagaan juga begitu, saban tahun semakin banyak syarikat bumiputera tersenarai di BSKL. 

Sebagai hujah balas, kita juga boleh memperdebatkan isu ini dari segi pandangan kasar atau rambang seperti juga hujah Dr. Lim.  Dan jika kita berhujah tanpa prejudis atau niat jahat maka kita akan terpaksa mengakui bahawa di jalanraya di KL hari ini, pemandangan yang sering dilihat ialah dalam setiap 100 biji kereta mewah di jalan raya, 70% - 80% dimiliki oleh orang Cina.  Begitu juga dengan rumah-rumah besar dan syarikat-syarikat besar.   

Berapa kedai milik Melayu boleh dilihat di KLCC?  Tidak ada.  Berapa kedai milik Melayu di Alamanda?  Mungkin satu sahaja iaitu restoran beriani.  Berapa pula di Subang Parade, Empire, The Curve, One Utama?  IOI Mall?  Kita minta Dr. Lim buat kajiselidik dan jawab sendiri. 

Bagaimana pula dengan rumah-rumah kedai atau pusat perdagangan?  Khasnya di Petaling Jaya, Subang Jaya, Damansara, Mont Kiara, Seri Hartamas, Seri Kembangan?   Jika disenaraikan semuanya, kita akan dapati bahawa perniagaan atau hartanah kedai/kilang yang menjadi milik Melayu tidak mustahil hanya terdapat dalam 10% atau kurang. 

Pemandangan yang sama juga dilihat di seluruh bandar-bandar utama negeri-negeri di Malaysia. 
Selebihnya, Melayu lain berada di kampung, bertani, menjadi nelayan atau paling hebat pun bekerja kilang yang mana pendapatan bulanan mereka mungkin hanya 1% dari pendapatan purata bulanan kaum Cina dengan taraf hidup sederhana di bandar.  Walaupun semakin ramai orang Melayu berniaga hari ini, namun saiz perniagaan mereka hanyalah setakat gerai-gerai, pasar malam, pasar tani dan perniagaan kecil atau sederhana. 

Justeru, dari mana Dr. Lim mendapat angka bahawa Melayu sudah cukup kaya dengan pemilikan ekuiti korporat sehingga 45%? 

Hakikatnya, walaupun taraf hidup segelintir Melayu semakin meningkat tetapi rata-ratanya mereka masih jauh ketinggalan, malah sasaran 30% pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang 2020 juga masih samar.  Lebih memburukkan keadaan apabila kaum Cina yang telah sedia selesa menggenggam ekonomi Malaysia pula berada dalam kedudukan berkuasa untuk menekan atau memanipulasi peluang bumiputera yang menjadi pesaing dalam perniagaaan mereka. 

Ini menyukarkan lagi orang Melayu untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. 
Sepatutnya, jika Dr. Lim atau mana-mana kaum Cina tidak senang dengan peningkatan Melayu dan ingin menghapuskan segala apa yang dilihat sebagai bantuan atau tongkat kepada Melayu maka mereka wajar membantu kerajaan meningkatkan kekuatan ekonomi bumiputera dan bukannya menghalang atau mengsabotaj usaha kerajaan ke arah itu. 

Ini kerana jika kaum Cina turut memainkan peranan mereka bagi mendokong aspirasi kerajaan tentulah sasaran 30% tersebut akan dapat dicapai dengan lebih cepat.  Dan jika sasaran tersebut tercapai, maka impian untuk membuang tongkat orang-orang Melayu bolehlah direalisasikan dengan seberapa segera.  

Hari ini, pemilikan ekuiti Bumiputera telah meningkat daripada 21.9 peratus bernilai RM127.4 bilion pada 2008 kepada 23.09 peratus dengan nilai RM167.7 bilion. Antara pemilikan ekuiti Bumiputera mengikut sektor ialah dalam bidang kewangan, insurans dan takaful yang meningkat kepada 37.56 peratus bagi 2009 dan 38.97 peratus pada 2010. Sektor perdagangan borong dan runcit pula adalah industri yang mempunyai bilangan syarikat Bumiputera tertinggi berbanding industri lain.

Ekonomi Melayu yanag semakin meningkat dan ekonomi Cina yang telah sedia dan semakin kuat, dengan sendirinya membuktikan bahawa kerajaan yang ada hari ini tidak pernah meminggirkan sesiapa.  Justeru, entah kenapa kaum Cina terus bersikap dengki khianat dan tamak haloba dalam memperkatakan soal ekonomi sedangkan mereka telah pun berada jauh di atas dari kaum bumiputera.

Tuesday, April 24, 2012

Hott!!! Anak Kami Nak Belajar!





Di Pasir Putihelantan sekumpulan ibu bapa bertindak membakar kain rentang Mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia yang terpampang wajah Adam Adli. Kumpulan ibu bapa berkenan menyuarakan bantahan terhadap mahasiswa biadap yang sekarang ini menghasut mahasiswa lain konon bangkit menyuarakan ketidakadilan dalam sistem pengajian tinggi di Malaysia ini.

Kumpulan ibu bapa ini menolak sebarang tindakan subversif supaya ank mereka tidak terpengaryh dan belajar bersungguh-sungguh mengenggam segulung sijil diploma atau ijazah. Sekalian lebih maklum rakyat Kelantan sangat daif dan kekurangan bakat unggul anak muda untuk mereka keluar dari status taraf hidup yang kebanyakkan miskin tegar. Atas kesedaran itu,mereka berkerat tulang memerah keringat untuk menghantar anak-anak mereka ke universiti.

Syabas untuk IbuBapa Pasir Putih Kelantan yang dengan lantang menyuarakan pendirian. Bagaimana pula pendirian ibu bapa mahasiswa yang melakukan demonstrasi mansuhkan PTPTN di Dataran Merdeka baru-baru ini?????
Pendapat peribadi penulis menyatakan disini merasakan amat memalukan bagi mahasiswa kerana sebelum ini jarang ibu bapa atau institusi kekeluargaan membantah kehadiran mahasiswa untuk hadir dengan agenda jika ia perkara sentuh hal pengajian mahasiswa itu sendiri. Nyata perkara yang diketengahkan Adam Adli dan regim SMM itu perkara yang membawa kemusnahan masa depan dan kemandiran hayat pendidikan anak bangsa....sebab itu golongan ibu bapa ini menolak keras.

Kira detik,Ulang tahun UMNO ke 66


Kini hanya menunggu detik tarikh keramat ulang tahun ke 66 UMNO. Pelbagai aktiviti akan diadakan mulai awal bulan Mei. Antaranya, program larian bendera seluruh Malaysia melalui peringkat sambutan daripada cawangan,bahagian dan perhubungan negeri.

Parti keramat ini telah berjasa dalam memtransformasikan kehidupan orang Melayu Islam dengan kepimpinan politik yang berwibawa dan dengan harapan kelak penuh intergriti dan fokus dengan agenda bela hidup rakyat.

Sunday, April 22, 2012

Klinik Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia

Syukur dengan adanya pemimpin yang sangat ambil berat kebajikan rakyat. Baru-baru ini,kemunculan Klinik Bersalin Berisiko Rendah telah dilancarkan YAB Perdana Menteri Malaysia dengan kadar harga perkhidmatan yang sangat berpatutan dan sejajar keperluan rakyat Malaysia.

Diharapkan dengan wujudnya klinik sedemikian,produktiviti institusi kekeluargaan dapat melahirkan modal insan berkualiti dan sihat tanpa terlalu memikirkan kos perubatan dan perkhimatan hospital yang mahal.

Harapan golongan muda yang bakal meningkat dewasa kini dan bersedia ke alam pengurusan rumah tangga, klinik tersebut diperbanyakan seluruh negara dan segenap kawasan pendalaman. Walaupun di kota terdapat banyak prasana sedemikian telah banyak dilaksanakan namun begitu taraf hidup yang mencabar kos rutin harian rakyat.


Saturday, April 21, 2012

Pendidikan Percuma,UNISEL sendiri tak dak duit

Apa boleh dikatakan apa bila benda yang diwar-warkan lebih kepada janji manis. Manifesto Kerajaan Pakatanista Selangor banyak belum lagi terlaksana. Banyak perkara yang selalu dititikberatkan oleh belia,selalu dipandang remeh.
Empat perkara yang membelenggui kehidupan belia antaranya pendidikan, pekerjaan, penempatan-rumah pertama dan peningkatan kemahiran. Jika salah satu tidak dipenuhi nescaya kerajaan itu perlu ditolak.
Konon, pendidikan percuma yang dikhabarkan hanyalah khayalan Pakatanista. Sebab apa ianya khayalan kerana UNISEL sendiri sebagai contoh,adalah merupakan universiti negeri yang terkemuka kini telah mengalami kerugian dan pelajar semakin berkurangan. Tempat menuntut ilmu telah menjadi sarkastik politik oleh Pakatanista yang didalangi MB Selangor.
Jadi,apa yang perlu belia dan anak kelahiran Selangor perlu buat ialah menolak sepenuhnya dakyah mereka dan perjuangkan suara dan hak dengan saluran yang betul.Undian anak muda Selangor merampas kembali dan menumbangkan kepimpinan penyamun Khalid Gagap dan kuncu-kuncu.