Saturday, July 19, 2014

#MH17: Suara Sumbang Rakyat Malaysia

Dikala rakyat di negara ini dan juga dunia sedang bersedih dengan kejadian yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH17 yang mahukan siasatan terperinci dibuat serta keadilan untuk MH17, ada di antara rakyat kita menuding jari dengan menyalahkan MAS dan kerjaan Malaysia.

LALUAN YANG SALAH

Pihak yang pertama cuba menyalahkan MAS kerana menggunakan laluan yang bagi mereka adalah laluan bahaya dan berisiko tinggi.Menurut mereka MAS sengaja mahu menggunakan laluan yang berisiko tinggi.

Pihak ini perlu sedar bukan saja MAS yang menggunakan laluan tersebut malah banyak syarikat penerbangan lain yang menggunakan laluan tersebut. Malah sebelum beberapa ketika pesawat MH17 ditembak jatuh, sebuah pesawat Singapore Airlines melintasi ruang udara tersebut. Selepas MH17 ditembak jatuh masih ada pesawat yang melalui ruang udara tersebut sehingga berita MH17 tersebar barulah mereka mengambil langkah menggunakan laluan lain.

Singapore Airlines menggunakan laluan ini sebanyak 75 kali sepanjang minggu ini, Aeroflot 86 kali,Ukraine International Airlines 62 kali, Lufthansa 56 kali.

Manakala MAS menggunakan laluan tersebut sebanyak 48 kali sepanjang minggu ini.

Ternyata pesawat-pesawat negara lain lebih banyak menggunakan laluan tersebut berbanding dengan MAS. Jadi untuk menyalahkan MAS menggunakan laluan tersebut adalah salah.

 Yang paling penting sekali untuk pihak ini faham ialah tiada syarikat insurans yang akan melindungi pesawat yang menggunakan laluan yang berisiko. Sekiranya syarikat insurans tersebut bersetuju untuk melindungi laluan pesawat tersebut ianya sudah cukup untuk umum mengetahui bahawa laluan tersebut adalah selamat pada ketinggian yang sepatutnya. MH17 terbang pada ketinggian 33,000 kaki semasa ditembak jatuh.

ISU PALESTINE
Pihak kedua pula dengan begitu dangkal sekali menyalahkan kerajaan kerana menurut mereka MH17 ditembak jatuh kerana Malaysia begitu vokal mempertahankan isu Palestine.
Adakah pihak ini lupa yang Malaysia sudah berpuluh-puluh tahun menyokong perjuangan Palestine dan bersama mereka untuk menuntut negara Palestine yang merdeka. Malah di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia dilihat terlalu vokal dalam isu Palestine ini jika dibandingkan dengan di bawah pemerintahan sekarang. 

Datuk Seri Najib mempunyai cara diplomasinya tersendiri di dalam isu Palestine.
Apa kaitan isu Palestine/Israel dengan MH17 ? MH17 ditembak jatuh di sempadan Ukraine dengan Russia dan penembaknya dipercayai dari golongan pemberontak yang bukannya berbangsa yahudi pun.
Kepada golongan ini adakah Malaysia harus membisu dengan apa yang berlaku di bumi Palestine? Di manakah sifat humaniti kita ?
Sekiranya kerajaan Malaysia berdiam isu Palestine percayalah akan ada suara-suara sumbang yang akan kata kerajaan Malaysia pro yahudi sebab tidak berani bersuara.

Bersatu Hadapi Krisis
Kepada rakyat Malaysia kita menyeru agar di dalam keadaan krisis yang melibatkan negara seperti isu MH370, MH17 , kes pencerobohan di Sabah hendaklah kita bersatu. Ketepikan dahulu soal-soal politik kepartian. Kita kena bersifat patriotik. Kita sepatutnya berdiri teguh dan bersama-sama menghadapi dugaan dan cabaran dari luar ini. Jangan kerana mahu “political mileage” kita sanggup jatuhkan martabat negara kita sendiri.

No comments: