Tuesday, April 17, 2012

PTPTN,Menidak Hak Sendiri


Bagi yang berupaya dan kemampuan, mahasiswa tiada kekangan sara diri dari segi wang ringgit dan keperluan. Keperluan meliputi buku,kemudahan gajet,mobiliti dan wang poket. Untungnya,siswazah-siswazah berkenaan untuk meneruskan pengajian tanpa keutamaan untuk mengeluarkan sesen wang membiayai pengajian.

Kini muncul segerombolan siswazah-siswazah yang kami Puteri UMNO percayai dipengaruhi politik kepartian atau kepentingan sesuatu organisasi dengan membuta tuli dan memansuhkan satu-satunya perbadanan yang beri pinjaman untuk pengajian di IPTA/IPTS. Sedarkah mereka ini umpama menidakkan majoriti rakan-rakan sepengajian mereka yang kebanyakkan orang yang kurang mampu dan ibu bapa mereka itu adalah terdiri daripada nelayan,petani dan peniaga kecil-kecilan.

Tindakan sedemikian umpama memusnahkan harapan kedua ibu bapa untuk melihat zuriat mereka maju dan berdaya saing. Bukan sahaja dalam satu kaum berasa anak bangsa mereka perlu pembangunan skill yang kreatif malah membantu masyarakat keseluruhan memacu penjanaan keberhasilan yang positif.

Demostrasi bantahan yang dilakukan merupakan tembok besar kepada perkara di atas. Lebih malang lagi perlaksanaan demo berkenaan didalangi oleh generasi muda yang sepatutnya ketika ini menghadapi peperiksaan semester dan menelaah. Bukan berada di jalanan dengan galak bersuara memansuhkan hak sendiri dan rakan sepengajian.

No comments: