Tuesday, April 17, 2012

GTP Unggul,Belia Perlu Rebut Peluang

Tabung Usahawan Siswazah....Kemudahan Kewangan Yang Khusus Untuk Graduan

Kerajaan Malaysia menyalurkan peruntukan tambahan untuk Tabung Usahawan Siswazah [TUS] untuk menggalakkan lebih ramai lepasan Universiti menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

SME Bank telah berjaya melahirkan Usahawan Siswazah yang berjaya menyumbangkan pendapatan diri melalui perniagaan dan meningkatkan enjin pertumbuhan negara.Dana ini merupakan pembiayaan mudah bagi memulakan perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan perindustrian dan juga bagi para graduan yang telah mempunyai perniagaan sedia ada.

Ciri-Ciri TUS

  • Pinjaman dari RM20,000 hingga RM500,000Pembiayaan sebanyak RM750,000 boleh diberi bagi pengambilan-alihan syarikat sahaja
  • Kadar keuntungan (tokokan) 4% setahun baki bulanan
  • KelayakanTerbuka kepada warganegara Malaysia
  • Sekurang-kurangnya memiliki Diploma yang diiktiraf MQA
  • Menamatkan pengajian tidak melebihi 15 tahunBerumur tidak melebihi 40 tahun

Jaminan-Tiada Penjamin

Bagi pembiayaan bangunan/ premis perniagaan

  1. Untuk pembiayaan sehingga RM100,000
  2. PenjaminBagi pembiayaan melebihi RM100,000, penjamin hanya menjamin sebanyak 20% daripada bahagian pinjaman yang melebihi RM100,000 sahaja

Lain-Lain Maklumat TUS

  • Maksimum tempoh pembiayaan TUS diberikan sehingga 10 tahun atau sehingga 20 tahun (untuk bangunan/premis perniagaan sahaja)
  • Tempoh pernafasan juga boleh dipertimbangkan sehingga maksimum 48 bulanPembiayaan maksimum boleh diberikan sehingga 100% bagi pembiayaan kurang dari RM100,000 dan 90% bagi pembiayaan melebihi RM100,000
  • Firma perseorangan, perkongsian dan syarikat Sdn Bhd boleh memohon TUS
  • Semua jenis perniagaan adalah dibenarkan kecuali pelaburan hartanah dan industri Primary Agriculture

Cara Untuk Memohon Tabung Usahawan Siswazah

Bagi pemohon yang telah berniaga dan beroperasi melebihi dua tahun tidak perlu menghadiri kursus anjuran INSKEN dan proses penapisan (screening) di INSKEN.Pemohon boleh mengemukakan Rancangan Perniagaan kepada cawangan SME Bank yang berhampiran dengan projek.Bagi pemohon yang tiada pengalaman dalam perniagaan, pemohon diminta hadir kursus anjuran INSKEN.

Pendaftaran kursus boleh dibuat secara online di sini.

Setelah menghadiri kursus, pemohon diminta mengemukakan 5 salinan Rancangan Perniagaan kepada pihak INSKEN.Proses penapisan (screening) akan dianjurkan oleh pihak INSKEN dan pemohon diminta membuat pembentangan Rancangan Perniagaan. (Pemohon yang beroperasi di Sabah/Sarawak diberikan pengecualian daripada menghadiri proses penapisan (screening) di INSKEN.

Sekiranya Rancangan Perniagaan memenuhi syarat Dana, kertas cadangan Rancangan Perniagaan akan dimajukan kepada cawangan berdekatan projek.Cawangan akan menilai permohonan dan memberi maklumbalas dalam tempoh terdekat.Bagi kelayakan memohon sila rujuk syarat TUS.

Sekretariat Tabung Usahawan Siswazah (TUS) SME BankAras 12, Menara SME BankJalan Sultan Ismail50774 Kuala LumpurAtau mana-mana cawangan SME Bank



No comments: