Saturday, August 9, 2014

MB Selangor di PECAT Parti : BN tidak perlu SIMPATI pada Khalid Ibrahim


Anwar Ibrahim sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah “master manipulator” dengan tindakan mengizinkan Khalid Ibrahim dipecat dari Parti Keadilan Rakyat. Pemecatan ini boleh dikatakan sebagai “game play” politik untuk memastikan Wan Azizah (Isteri Anwar) untuk bertakhta sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. 

Kita tidak tahu apakah yang dirancangkan oleh Anwar Ibrahim, selain bertindak sebagai “Master manipulator” beliau juga adalah seorang poliTIKUS yang teramat licik. Anwar selalu menuduh Barisan Nasional sebagai pakar konspirasi namun pada hakikatnya beliau adalah kepala segala konspirasi. 

Kini Khalid Ibrahim telah dipecat dari PKR, ini menunjukkan perpecahan yang amat besar di dalam PKR sendiri. Namun apa yang penulis hairan ialah apabila yang sibuk menyokong Khalid Ibrahim adalah terdiri dari orang-orang UMNO/Barisan Nasional. 

Datuk Seri Noh Omar yang bertindak sebagai penyelaras Barisan Nasional Selangor telah mengeluarkan kenyataan yang amat baik. Beliau menyatakan bahawa BN/UMNO Selangor tidak akan campur tangan di dalam pergaduhan dalam PKR apatah lagi menyatakan sokongan terhadap Khalid Ibrahim. Namun, hakikatnya terdapat ramai orang UMNO dan juga penggiat media sosial yang menyokong kerajaan gagal memahami nasihat ini. Mereka dengan jelas menunjukkan sokongan kepada MB Selangor tersebut. 

Perkara ini benar-benar memualkan ahli-ahli Barisan Nasional yang faham akan scenario yang berlaku di negeri Selangor. Persoalannya mengapa kita perlu sokong Khalid Ibrahim? Lupakah kita dengan cercaan dan fitnah yang beliau leparkan kepada kita tidak lama dahulu? 

Penulis masih ingat lagi semasa Khalid Ibrahim bertanding di Ijok. Segerombolan penceramah upahan Khalid Ibrahim dan PKR menghina dan mencerca bukan sahaja Barisan Nasional tetapi juga para pemimpin Barisan Nasional & UMNO. Dari Tunku Abdul Rahman hinggalah ke Pak Lah (PM pada ketika itu) tidak seorang pun pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dilepaskan oleh “mulut longkang” para penceramah. Itu belum lagi dikira kata-kata yang keluar dari mulut Khalid Ibrahim sendiri. 

Semasa Menteri Besar Selangor itu bertanding di Port Klang pada PRU-13 yang lepas. Perkara yang sama berlaku. Penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada para pemimpin UMNO/Barisan Nasional. Semuanya dilakukan berlatar belakangkan “backdrop” gambar Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim. 

Kenapa tiba-tiba sesetengah penyokong UMNO dan laman-laman pro Barisan Nasional menyatakan sokongan kepada Khalid Ibrahim. Atas dasar apa yang kita berikan sokongan? Pernahkah Khalid Ibrahim sepanjang pemerintahannya yang amat teruk memberikan bantuan kepada UMNO/Barisan Nasional. 

Perlu diingatkan bahawa beliau menggunakan segala harta dan duitnya untuk Parti Keadilan Rakyat. Sebuah parti yang memecah belahkan orang Melayu/Islam di Malaysia. Beliau juga menyebabkan kesengsaraan yang amat besar kepada negeri Selangor apabila dengan jelas mengambil mudah apabila para pemimpin BN berkeras agar Empangan Langat 2 Dilaksanakan dengan cepat. 

Sedarlah wahai penyokong UMNO dan penggiat media sosial pro Barisan Nasional, jangan jadi DAYUS! Manusia ini telah menghina perjuangan anda, sekarang hanya kerana dia berperang dengan Anwar Ibrahim kita harus menyokong beliau. Khalid Ibrahim sendiri tidak pernah meminta pertolongan dari UMNO/BN mengapa kita terhegeh-hegeh untuk membantu beliau? Sekali lagi saya tanyakan, atas dasar apa perlu kita sokong Khalid Ibrahim? Bukankah lebih bagus kita lihat sahaja Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim menjalankan tipu daya politik mereka. 

Tugas kita kepada rakyat Malaysia dan di negeri Selangor untuk menegur kepemimpinan Pakatan Rakyat. Mana salah kita tentang, mana baik kita puji. Bukan tempat kita untuk menyokong mereka, lupakah kita dengan penghinaan mereka terhadap perjuangan mereka? Apa penyokong BN perlu buat sekarang ialah berkempen. Bukan berkempen untuk Khalid tetapi berkempen untuk UMNO/BN, sebuah parti yang sudah lama membangunkan rakyat Malaysia. 

-Arkham Santoro-

No comments: