Saturday, April 21, 2012

Pendidikan Percuma,UNISEL sendiri tak dak duit

Apa boleh dikatakan apa bila benda yang diwar-warkan lebih kepada janji manis. Manifesto Kerajaan Pakatanista Selangor banyak belum lagi terlaksana. Banyak perkara yang selalu dititikberatkan oleh belia,selalu dipandang remeh.
Empat perkara yang membelenggui kehidupan belia antaranya pendidikan, pekerjaan, penempatan-rumah pertama dan peningkatan kemahiran. Jika salah satu tidak dipenuhi nescaya kerajaan itu perlu ditolak.
Konon, pendidikan percuma yang dikhabarkan hanyalah khayalan Pakatanista. Sebab apa ianya khayalan kerana UNISEL sendiri sebagai contoh,adalah merupakan universiti negeri yang terkemuka kini telah mengalami kerugian dan pelajar semakin berkurangan. Tempat menuntut ilmu telah menjadi sarkastik politik oleh Pakatanista yang didalangi MB Selangor.
Jadi,apa yang perlu belia dan anak kelahiran Selangor perlu buat ialah menolak sepenuhnya dakyah mereka dan perjuangkan suara dan hak dengan saluran yang betul.Undian anak muda Selangor merampas kembali dan menumbangkan kepimpinan penyamun Khalid Gagap dan kuncu-kuncu.

No comments: