Monday, December 22, 2014

Jangan Salahkan PT3 #education #pendidikan


Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) berharap pihak sekolah tidak menyalahkan perubahan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sekiranya keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan hari ini tidak seperti yang dijangkakan.

Presidennya, Prof. Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan berkata, percubaan pertama oleh kementerian itu perlu dipandang secara positif dan dapat menerima apa sahaja keputusan PT3 yang diperoleh dengan hati yang terbuka.

Katanya,keputusan tersebut seharusnya tidak membebankan pelajar dan guru malah, perlu dijadikan iktibar serta mengambil tindakan bersama bagi menangani kemerosotan akademik para pelajar.

“Kementerian juga perlu mengkaji semula bagi memastikan PT3 ini berjaya dilaksanakan seiring dengan tujuan asalnya iaitu untuk mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan pelajar di samping mendapat bimbingan daripada pihak sekolah.

“Penilaian baharu untuk tingkatan tiga tersebut dilihat dapat mengenal pasti dan memberi peluang kepada pelajar yang tercorot dalam akademik tetapi mempunyai kebolehan dalam bidang vokasional untuk mencapai kejayaannya yang tersendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan penambahbaikan PBS iaitu memperkenalkan ujian PT3 mulai tahun ini.

Menerusi pelaksanaan tersebut, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar tingkatan 3 dan PT3 akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

Tambah Mohamad Ali, dunia zaman sekarang yang semakin meningkat maju bukan sahaja tertumpu kepada ahli akademik semata-mata tetapi juga memerlukan kemahiran dalam bidang teknikal.

Apabila ditanya mengenai ketelusan dalam memeriksa kertas peperiksaan memandangkan ia hanya melibatkan khidmat guru dari sekolah tersebut, Mohamad Ali berkata, semua guru yang terlibat dengan PT3 perlu bersikap profesional dan menjaga etika sebagai seorang pendidik.

“Saya tidak menafikan bahawa perkara tersebut boleh mendorong guru-guru untuk memberi markah yang tinggi kepada pelajarnya bagi menjaga serta meningkatkan prestasi sekolah.

“Oleh sebab itu, tenaga pengajar yang terlibat dalam penilaian PT3 ini perlu diberi latihan dan kursus bagi memastikan sikap pilih kasih tidak timbul ketika menjalankan tugas,” katanya.

Utusan

Sunday, December 21, 2014

Pensyarah UKM, Rosyam Noor Kecewa Swasta Masih Diskriminasi Muslim Bertudung



Oleh Prof Dr Anuar Ahmad


rosyamnoorPagi ini saya terbaca komen pelakon Dato Rosyam Nor yang mengamuk di twitter. Beliau marah, geram dah kecewa kerana apabila anak perempuannya yang ingin bekerja secara sementara selepas SPM, anaknya telah diminta membuka tudung jika mahu di terima bekerja.

Sebagai bapa, saya sendiri punya pengalaman yang sama. Anak saya ingin berdikari dan mencari pengalaman bekerja selepas SPM. Malangnya,setelah lulus semua syarat ketika temuduga termasuk bahasa Inggeris dengan cemerlang , hanya kerana beliau bertudung, permohonan beliau ditolak.

Bukan sebuah kedai di MEGAMALL yang tolak permohonan anak saya kerana bertudung tetapi lebih dari lima buah kedai termasuk bertaraf antarabangsa. Saya sangat marah dengan situasi ini. Diskriminasi agama telah berlaku pada anak saya secara terang terangan. Sampai hari ini jenama “hebat” tersebut saya boikot!!

Saya akui muslim di negara ini memang sedang melalui diskriminasi agama di sektor swasta. Orang Melayu Islam sedang berhadapan denga fenomena dipinggirkan dalam ruang perniagaan yang dimiliki oleh syarikat bukan Islam dan antarabangsa. Anda boleh tidak bersetuju dengan saya, tetapi itulah yag sedang berlaku. Anda boleh kata tak semua begitu, tetapi fenomena itu sedang berkembang sekarang. Tak percaya? Cubalah sendiri…

Malangnya, pemimpin Melayu ambil ringan isu seperti ini. Mereka tak mahu memperjuangkan pun ketidakadilan ini. Mereka seperti tidak kisah dengan amalan diskriminasi agama yag sedang berlaku di dalam negara ini. Mereka terlalu sibuk bertelagah sesama sendiri.

Sama juga dengan pemimpin mahasiswa di ipt. Mereka sepatutnya menjadi teraju memperjuangkan hak mahasiswa dan graduan yag ingin bekerja tanpa risaukan diskriminasi agama. Apa yang sedang atau telah mereka lakukan? Kosong!

Saya jadi marah sebab isu ini langsung tidak ada kena mengena prestasi kerja seseorang. Mengapa disalahkan pemakaian tudung atas tuntutan agama seseorang.

Diskriminasi terhadap agama ini timbul semata mata rasa kebencian mereka pada agama Islam dan orang muslim. Itu sahaja. Peliknya ini berlaku disebuah negara yang agama rasminya ISLAM!!! Bacul sungguh yang kononnya pendaulat Islam.

*Tulisan ini dipetik dari akaun Facebook beliau

Puteri UMNO Kecam Kedai Permainan Diskriminasi Pekerja Bertudung


KUALA LUMPUR, 21 Dis — Pergerakan Puteri Umno mengecam tindakan sebuah kedai permainan terkemuka di ibu negara yang bersikap diskriminasi terhadap pekerja wanita bertudung.

Ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata tindakan kedai permainan itu menunjukkan masih terdapat golongan berfikiran sempit terhadap mereka yang memakai tudung dan ia bertentangan dengan hak asasi seorang Muslim.

“Alasan tidak diterima bekerja sebab bertudung atau arahan membuka tudung jika ingin bekerja adalah hanya alasan dangkal yang tiada kena mengena dengan tahap pencapaian seorang pekerja,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas luahan pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor menerusi laman Twitter mengenai sebuah kedai permainan terkemuka yang didakwa meminta anak perempuannya membuka tudung sebagai syarat untuk bekerja di premis itu pada
Khamis lepas.

Mas Ermieyati berkata tindakan dan pemikiran itu wajar dikikis dan menuntut kedai terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media kerana ia melibatkan sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.


Thursday, December 18, 2014

SALAH FAHAM 1MDB – Siri 2



1- 1 MDB membeli Genting Sanyen SDN BHD dgn harga RM 2.3 bil, walaupun “Power Perchase Agreement (PPA) tamat pada Februari 2016. Kenyataan ini benar.

2- Yang salahnya adalah, apabila perjanjian (PPA) tu tamat, Syarikat Genting Sanyen jadi milik penuh kerajaan. Siapa yg ajar?

3- Yang tamat tu hanya perjanjian sahaja. Syarikat dan segala asset mereka masih milik Genting Sanyen SDN BHD.

4- 1 MDB bertindak membeli saham sebanyak 97.7% dari Genting Sanyen agar dapat memiliki sepenuhnya syarikat tersebut. Hangpa ingat perjanjian jual beli tenaga ni macam perjanjian sewa beli mesin fotostate ka? Habis tempoh sewa beli, mesin fotostate tu hangpa punya. (^_^)

5- Berikut adalah komposisi pembelian 1 MDB yg di anggarkan sebanyak RM 2.3 billion tu.

a) Genting Power (M) limited menjual saham (97.7%) kepada 1 MDB dgn nilai RM 2.11 billion.
b) Board of Director (GENT) menjual saham mereka (97.7%) kpd 1 MDB dgn nilai RM 0.18 billion.
c) Pembelian tanah dan asset2 yg di miliki oleh Genting Sanyen oleh 1 MDB dgn nilai RM 0.38 billion.
Maka a + b + c = ~ RM 2.6 billion ( ini pengiraan kasar, detail boleh rujuk laman web 1 MDB)

‪#‎Kesimpulan‬
Pelajaran hari ni utk anai2, jika tamat perjanjian bukan bermakna syarikat tu hangpa punya.. hangpa ni gila.
Semua nak PERCUMA.. Soros pun boleh bankrap .. jual pisang cheese ajalah yg untung.


Tuesday, December 16, 2014

Tahaluf siyasi pakatan pembangkang berakhir



Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan menegaskan penolakan hukum hudud oleh DAP akan menyebabkan tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang terbatal kerana jika Pas mengabaikan dasar itu, hukumnya adalah haram.

Menurut beliau, tahaluf siyasi bukanlah sebuah parti yang mempunyai satu ideologi sebaliknya kerjasama itu adalah berkait dengan tindakan politik yang dipersetujui bersama tanpa mengganggu hak dan dasar perjuangan masing-masing.

Katanya, kerjasama tersebut hanyalah dalam urusan kepentingan bersama membabitkan aspek politik untuk menolak kezaliman, penindasan, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan pelbagai lagi tanpa melepasi dasar perjuangan parti.

“Jika DAP buat syarat pakatan pembangkang mestilah tanpa pelaksanaan Islam dan syariatnya, dan menegaskan bahawa Pas tidak boleh melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, maka pada saya, syarat dan penegasan yang DAP buat itu membatalkan syarat tahaluf, tiada ertinya lagi tahaluf siyasi ini.

“Jika dasar parti terhalang untuk ditunai dan dilaksana dengan kerjasama ini, maka tahaluf ini batal. Malah tidak keterlaluan kalau saya nyatakan hukumnya adalah haram,” katanya dalam wawancara yang dipetik daripada portal Malaysia Transform di sini hari ini.

Beliau yang berada di Mekah mengulas perkembangan terkini dalam pakatan pembangkang berikutan beberapa siri serangan terbuka oleh pemimpin DAP termasuk daripada Lim Guan Eng sendiri, khususnya berhubung isu hudud dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2014 kelmarin.

Guan Eng dalam nada kerasnya mendesak pakatan agar memuktamadkan pendirian untuk tidak melaksanakan hukum hudud jika pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang, kononnya perkara itu adalah aspirasi daripada penyokong pembangkang.

Persidangan tersebut yang dihadiri 938 perwakilan juga sebulat suara meluluskan resolusi menolak pelaksanaan hudud sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan sekiranya pakatan pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya.

Mengulas lanjut, Nasruddin berkata, Pas tidak akan sama sekali mengabaikan dasar perjuangan demi pakatan pembangkang, justeru DAP tidak sepatutnya menghalang pelaksanaan hukum hudud jika tidak mahu gabungan tersebut berpecah.

Dalam wawancara itu, Nasruddin turut mengakui bahawa kedudukan pakatan pembangkang kini semakin sukar kerana kesemua pihak belum ‘menemui lantai untuk sama-sama bersila menyelesaikan masalah yang dihadapi’.

Meskipun begitu tegasnya, Pas akan tetap mempertahankan dasar tersebut dalam apa juga cara dan menyifatkan pihak yang menolak hukum hudud sebagai penghalang kepada perjuangan Islam.

“Pas akan tetap berjuang untuk melaksanakan Islam dan syariatnya. Hudud adalah sebahagian daripadanya. Ia adalah kewajipan agama yang ditetapkan syarak, tiada siapa yang boleh halang, kalau mereka halang bererti mereka menjadi penghalang kepada perjuangan Islam.

“Kepada mereka yang meng­halang kerana dendam, benci, ang­kuh dan semangat menentang Islam, maka akan didepani dengan sebijaknya dan sesuai dengan penentangan yang dihadapi. Hujah dengan hujah, saraf dengan saraf, senjata dengan senjata,” tegas beliau.

Utusan

Saturday, August 9, 2014

MB Selangor di PECAT Parti : BN tidak perlu SIMPATI pada Khalid Ibrahim


Anwar Ibrahim sekali lagi membuktikan bahawa beliau adalah “master manipulator” dengan tindakan mengizinkan Khalid Ibrahim dipecat dari Parti Keadilan Rakyat. Pemecatan ini boleh dikatakan sebagai “game play” politik untuk memastikan Wan Azizah (Isteri Anwar) untuk bertakhta sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. 

Kita tidak tahu apakah yang dirancangkan oleh Anwar Ibrahim, selain bertindak sebagai “Master manipulator” beliau juga adalah seorang poliTIKUS yang teramat licik. Anwar selalu menuduh Barisan Nasional sebagai pakar konspirasi namun pada hakikatnya beliau adalah kepala segala konspirasi. 

Kini Khalid Ibrahim telah dipecat dari PKR, ini menunjukkan perpecahan yang amat besar di dalam PKR sendiri. Namun apa yang penulis hairan ialah apabila yang sibuk menyokong Khalid Ibrahim adalah terdiri dari orang-orang UMNO/Barisan Nasional. 

Datuk Seri Noh Omar yang bertindak sebagai penyelaras Barisan Nasional Selangor telah mengeluarkan kenyataan yang amat baik. Beliau menyatakan bahawa BN/UMNO Selangor tidak akan campur tangan di dalam pergaduhan dalam PKR apatah lagi menyatakan sokongan terhadap Khalid Ibrahim. Namun, hakikatnya terdapat ramai orang UMNO dan juga penggiat media sosial yang menyokong kerajaan gagal memahami nasihat ini. Mereka dengan jelas menunjukkan sokongan kepada MB Selangor tersebut. 

Perkara ini benar-benar memualkan ahli-ahli Barisan Nasional yang faham akan scenario yang berlaku di negeri Selangor. Persoalannya mengapa kita perlu sokong Khalid Ibrahim? Lupakah kita dengan cercaan dan fitnah yang beliau leparkan kepada kita tidak lama dahulu? 

Penulis masih ingat lagi semasa Khalid Ibrahim bertanding di Ijok. Segerombolan penceramah upahan Khalid Ibrahim dan PKR menghina dan mencerca bukan sahaja Barisan Nasional tetapi juga para pemimpin Barisan Nasional & UMNO. Dari Tunku Abdul Rahman hinggalah ke Pak Lah (PM pada ketika itu) tidak seorang pun pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dilepaskan oleh “mulut longkang” para penceramah. Itu belum lagi dikira kata-kata yang keluar dari mulut Khalid Ibrahim sendiri. 

Semasa Menteri Besar Selangor itu bertanding di Port Klang pada PRU-13 yang lepas. Perkara yang sama berlaku. Penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada para pemimpin UMNO/Barisan Nasional. Semuanya dilakukan berlatar belakangkan “backdrop” gambar Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim. 

Kenapa tiba-tiba sesetengah penyokong UMNO dan laman-laman pro Barisan Nasional menyatakan sokongan kepada Khalid Ibrahim. Atas dasar apa yang kita berikan sokongan? Pernahkah Khalid Ibrahim sepanjang pemerintahannya yang amat teruk memberikan bantuan kepada UMNO/Barisan Nasional. 

Perlu diingatkan bahawa beliau menggunakan segala harta dan duitnya untuk Parti Keadilan Rakyat. Sebuah parti yang memecah belahkan orang Melayu/Islam di Malaysia. Beliau juga menyebabkan kesengsaraan yang amat besar kepada negeri Selangor apabila dengan jelas mengambil mudah apabila para pemimpin BN berkeras agar Empangan Langat 2 Dilaksanakan dengan cepat. 

Sedarlah wahai penyokong UMNO dan penggiat media sosial pro Barisan Nasional, jangan jadi DAYUS! Manusia ini telah menghina perjuangan anda, sekarang hanya kerana dia berperang dengan Anwar Ibrahim kita harus menyokong beliau. Khalid Ibrahim sendiri tidak pernah meminta pertolongan dari UMNO/BN mengapa kita terhegeh-hegeh untuk membantu beliau? Sekali lagi saya tanyakan, atas dasar apa perlu kita sokong Khalid Ibrahim? Bukankah lebih bagus kita lihat sahaja Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim menjalankan tipu daya politik mereka. 

Tugas kita kepada rakyat Malaysia dan di negeri Selangor untuk menegur kepemimpinan Pakatan Rakyat. Mana salah kita tentang, mana baik kita puji. Bukan tempat kita untuk menyokong mereka, lupakah kita dengan penghinaan mereka terhadap perjuangan mereka? Apa penyokong BN perlu buat sekarang ialah berkempen. Bukan berkempen untuk Khalid tetapi berkempen untuk UMNO/BN, sebuah parti yang sudah lama membangunkan rakyat Malaysia. 

-Arkham Santoro-

Wednesday, August 6, 2014

Najib Sedang Mengorak Langkah Kejayaan – Sin Chew

2014-08-05 ( Selasa)
By LIM SUE GOAN
Sin Chew Daily / Pandangan
Tidak ramai yang menyangkakan bahawa perkembangan politik tanah air akan berkembang seperti ini 15 bulan selepas pilihanraya umum yang diadakan pada tahun lepas.

Sekali lagi BN dinafikan majoriti 2/3 di dalam parlimen, dan mengalami kekurangan 7 kerusi dari apa yang dimenangi pada tahun 2008. MCA pula hanya berjaya untuk memenangi 7 kerusi walaupun UMNO nampaknya telah berjaya menambah kerusi dari 79 kerusi (PRU-12) kepada 88 kerusi (PRU-13).

Ini adalah pertama kali Mohd Najib telah mengetuai UMNO dan BN dalam pilihanraya sebagai presiden parti. Pakatan memenangi lebih banyak kerusi dari apa yang dimenangi 5 tahun yang lepas. BN pula gagal untuk menawan semula Negeri Selangor dan ini meletakkan tekanan yang hebat kepada presiden gabungan parti politik itu.
Ada spekulasi yang mengatakan bahawa Najib akan menerima nasib yang sama seperti Perdana Menteri Malaysia yang sebelumnya.
Para konservatif di dalam parti UMNO telah mempersoalkan kewibawaan Najib sekiranya beliau terus mengetuai parti tersebut di dalam pilihanraya akan datang.

Mengikut kata pujangga “Politik adalah seni dimana yang mustahil boleh jadi tidak mustahil”. Atas kebijaksanaan Datuk Seri Najib menghadapi apa jua cabaran dan dugaan yang melanda, termasuk apa yang sedang berlaku kepada parti pembangkang, beliau telah berjaya mengukuhkan kedudukannya di dalam parti beliau sendiri.
Najib bukan bernasib baik tetapi atas kesabaran dan kebijaksanaan beliau, nampaknya beliau berjaya mengubah nasib politiknya sendiri.
Selain dari bersikap diplomatik, kesabaran adalah salah satu karakter hebat yang dimiliki oleh Perdana Menteri Malaysia. Abdullah telah melepaskan jawatannya apabila kegagalan BN pada pilihanraya 2008, ia mempercepatkan Najib untuk memegang tampuk pemerintahan. Tetapi Najib telah menunggu dengan sabar, dan berjaya menggantikan Abdullah tanpa menyakiti hati bekas Perdana Menteri tersebut.

Inilah perbezaan Najib dan Anwar. Anwar telah menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau tidak sabar untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Najib telah diberi tekanan dari pelbagai pihak di dalam dan di luar partinya. Pertama sekali, apabila Pakatan Rakyat telah telah menjalankan perhimpunan “Blackout” diseluruh negara untuk membantah keputusan PRU-13.

Seterusnya, apabila parti UMNO melaksanakan format baru dalam pemilihannya pada bulan Oktober yang lepas, ada kerisauan dimana Najib akan dicabar. Najib telah dapat mencapai satu konsesnsus dikalangan orang-orang lama di dalam parti dimana beliau telah memperkenalkan model ekonomi bumiputera. Hasilnya, jentera dan orang-orang Najib berjaya menghadapi pemilihan dengan tenang.
Selepas itu, Najib telah menganjurkan langkah rasionalisasi, bagi meningkatkan harga minyak pada September yang lepas dan peningkatan tariff elektrik pada awal tahun ini.

Najib terpaksa berhati-hati kali ini kerana tekanan yang diterimanya amat berat dan kontroversi agama dalam keadaan genting, namun kebanyakkannya telahpun hilang di dalam perhatian orang awam. Pada Januari tahun ini, bekas Menteri Penerangan Zainudin Maidin secara terbuka telah menyatakan pendapatnya bahawa Tun Mahathir perlu kembali ke Putrajaya.

Dalam menghadapi tekanan ini, Najib dengan berhati-hati membentangkan agenda pembaharuannya, dan mengekalkan beberapa kerusi kementerian untuk MCA & Gerakan dalam penyusunan mula kabinet pada bulan Jun.

Ada khabar angin yang mengatakan bahawa Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum penyusunan semula kabinet. Muhyidin Yassin telah menolak khabar angin ini dan menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai salah faham dengan Perdana Menteri.

Menyelesaikan krisis di Terengganu merupakan satu permulaan, dan tindakan besar yang dilaksanakan oleh Najib adalah semasa krisis MH17 yang ditembak di Timur Ukrain. Ini ditambahkan lagi dengan perpecahan daripada kalangan ahli Pakatan tentang isu MB Selangor.

Najib telah berjaya menyelesaikan masalah diplomatik dimana tiada kuasa lain di dunia termasuk USA mampu menyelesaikannya. Ini adalah kerana Najib dengan sendirinya telah berjaya mendapatkan mayat para mangsa MH17 dan kotak hitam yang dijumpai di Ukrain tanpa sebarang masalah.

Perpecahan Pakatan yang telah kehilangan arah nampaknya mengurangkan tekanan dari bahu Najib. Jika keadaan berterusan sebegini, BN tidak akan mempunyai masalah untuk mendapatkan 2/3 majoriti pada pilihanraya akan datang. BN hanya perlukan 5%-10% undi kembali kepada mereka.

Antara faktor yang baik dapat dilihat adalah apabila sesuatu kecelakaan berlaku dan perkembangan dalam senario global, ianya telah menonjolkan ramai orang-orang yang berkelayakan dan berkaliber di dalam kerajaan.

Pada perutusan Hari Raya yang lepas sekali lagi Najib menggunakan slogan “1Malaysia” 27 Julai 2014 yang lalu. Ini menunjukkan bahawa keyakinan beliau semakin bertambah.

Pakatan telah terlepas peluang yang besar untuk mengambil inisiatif dalam isu kenaikan harga petrol dan tarif elektrik. Ianya telah gagal untuk menarik perhatian rakyat kerana terlalu banyak isu kontroversi yang melibatkan agama dan perkauman.

Pakatan pembangkang telah banyak menghabiskan segala sumber dan masa mereka untuk menyelesaikan masalah dalaman. Ini memberikan Najib satu kelebihan besar dalam senario politik diantara dua kem politik paling besar di dalam Malaysia.